Oracle ADF (Application Development Framework)

ADF adalah singkatan kepada Application Development Framework

Ia adalah kepunyaan Oracle (Oracle proprietary). ADF meliputi:

  1. Oracle ADF Business Components (Business Components for Java: BC4J),
  2. ADF Model layer (creating data controls from Java components, EJBs, or Web services),
  3. ADF’s data actions or data pages in Struts,
  4. ADF UIX,
  5. ADF Swing (JClient) dan
  6. ADF Faces.

Walaupun Oracle telah menyerahkan/menyumbangkan ADF Faces kepada komuniti sumber terbuka (Open source), dia ia telah dinamakan sebagai Trinidad. Tiada ura-ura oracle akan menyumbangkan keseluruhan ADF kepada komuniti sumber terbuka. ADF Faces yang masih berada di Oracle, masih memerlukan lesen ADF bagi penggunaannya. ADF Model Layer merupakan framework bagi pembangunan aplikasi J2EE secara pantas (rapid) dan mudah. Oleh kerana ia adalah hakmilik Oracle, ia hanya boleh digunakan pada Oracle JDeveloper sahaja, bagi pembangunan aplikasi J2EE.

Berdasarkan pengalaman saya membangunkan aplikasi kecil, saya dapati dengan menggunakan ADF Model Layer , pembangunan aplikasi menjadi lebih pantas dan mudah. Banyak proses hanya menggunakan drag & drop sahaja. Anda boleh mencuba tutorial saya, seperti: TUTORIAL: Create Clients (Java Client and JSF client) for web services; Part 3, TUTORIAL: ADF Faces: Passing parameter values between JSF page -Part 3, TUTORIAL: ADF Faces : View data from session EJB (Part 2). Secara keseluruhan ia dapat menyokong Rapid Application Development (RAD), sudah pasti ia dapat menjimatkan masa pembangunan aplikasi yang besar.

ADF (design-time) adalah tersedia ada bersama Oracle JDeveloper. Dari semakan yang telah saya buat, aplikasi yang dibina dengan ADF boleh dideploy ke mana-mana Oracle Application server atau bukan Oracle seperti JBoss dsb, tetapi anda perlu membayar lesen penggunaan ADF runtime, dengan kadar $100.00 per named user(Named user license) atau $5000.00 per processor(CPU license). Kadar ini adalah penggunaan ADF yang bundled dengan Toplink (Oracle proprietary juga). Saya difahamkan penggunaan ADF untuk ujian pada JDeveloper/standalone OC4J, tidak dikenakan lesen.
 

Lesen ADF

Berikut adalah semakan yang telah saya buat terhadap lesen ADF.(Sila betulkan jika saya salah).

  • Jika menggunakan ADF(Semua ADF technology), anda perlu membayar lesan ADF, jika anda menggunakan non-Oracle Application Server.
  • Jika anda menggunakan ADF Faces(bukan trinidad) yang anda download dari Oracle, anda perlu membayar lesen ADF juga, melainkan jika anda menggunakan Oracle application server.
  • Jika anda menggunakan ADF Faces(Trinidad) yang anda download dari Apache, anda adalah terikat dengan lesen Apache.

Sila semak di sini:
http://forums.oracle.com/forums/thread.jspa?threadID=379312

~ by atjamil on May 11, 2007.

Leave a comment