J2EE atau JEE 5?

J2EE
J2EE adalah shortform kepada Java 2 Enterprise Edition, yang merupakan satu set piawai dan spesifikasi (atau platform) yang telah dicipta dan di selenggara oleh Sun Microsystem. Ia bukanlah satu produk. Ini bermakna, sesiapa juga boleh membangunkan produk atau aplikasi yang compliant dengan J2EE dengan mengikuti spesifikasi J2EE. Sebagai satu platform yang bersifat Enterprise, J2EE menentukan komponen untuk perisian yang mana perisian tadi adalah berfungsi untuk kegunaan seluruh organisasi seperti aplikasi C-HEtS yang digunakan diseluruh HUKM.

J2ME dan J2SE
Selain itu, Sun Microsystem juga telah menyediakan dua lagi platform yang menyatakan arkitektur dan teknologi yang boleh digunakan untuk melarikan aplikasi pada persekitaran yang berbeza, iaitu J2ME (Java 2 Micro Edition) dan J2SE (Java 2 Standard Edition). J2ME menyatakan komponen yang perlu digunakan untuk aplikasi yang digunakan pada peralatan kecil dan portable, yang mempunyai memori yang minima seperti telefon selular dan PDA. Manakala J2SE menyatakan komponen yang digunakan untuk aplikasi yang dilarikan pada persekitaran desktop. Ia merangkumi bahasa pengaturcaraan Java yang diedarkan sebagai J2SE Development Kit (JDK).

J2EE mempunyai komponen dalam J2SE, seperti bahasa Java. Namun begitu, J2EE mempunyai komponen tambahan yang mampu dilaksanakan dan di deploy pada arkitektur multi-tier dan mempunyai teknologi web. J2EE adalah solution bagi aplikasi yang bersifat enterprise yang menggunakan teknologi web, seperti C-HEtS di HUKM.

JEE 5
Java 2 dalam J2EE adalah merujuk kepada versi 1.2 sehingga 1.4. Versi 1.4 adalah versi terakhir dalam J2EE. Sepatutnya, versi selepas 1.4 adalah 1.5. namun begitu, JCP (Java Community Process) telah menyatakan bahwa versi selepas 1.4 adalah versi 5.0, dan platform J2EE telah diberi nama baru, JEE versi 5.0, atau JEE 5. Antara komponen penting JEE 5 adalah JSF. JSF merupakan spesifikasi dalam JEE 5. Selain itu, JEE 5 juga menggunakan POJO (Plain Old Java Object), yang sangat ketara di gunakan dalam EJB 3.0.

Kesimpulan
Ini merupakan teknologi yang akan digunakan dalam pembangunan Fasa ke dua dan tiga dan seterusnya aplikasi C-HEtS. Selain itu, C-HEtS juga akan menggunakan HTB (Healthcare Transaction-Based) sebagai API yang akan mengikut piawai HL7 Versi 3.0. Untuk pembangunan seterusnya, anda perlu bergelumang dengan beberapa terminologi seperti JSF, ADF Faces, POJO, EJB 3.0, HL7 V3, Web services, BPEL dan sebagainya.

Advertisements

~ by atjamil on April 27, 2007.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: