Apa yang saya faham mengenai SOA (Service Oriented Architecture)

Part 1

Service Oriented Architecture (SOA) merupakan satu konsep yang sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan dalam dunia IT beberapa tahun yang lepas.  Ia merupakan paradigma dan konsep baru bagi mengoptimakan perkhidmatan yang berikan oleh sesebuah organisasi yang menggunakan teknologi IT agar dapat dimanfaatkan oleh organisasi lain yang memerlukannya, dengan mewujudkan sambungan (link), mengikut protokol tertentu antara organisasi berkenaan. Protokol tersebut merupakan sesuatu yang boleh diterima oleh semua organisasi di atas platform yang berbeza.

SOA perlulah diinspirasi oleh organisasi yang berasaskan manusia (human organization) dan seterusnya diterjemahkan kepada bahasa mesin dan teknologi. Perkhidmatan (service), perlulah dirujuk kepada fungsi organisasi berkenaan, yang boleh ditawarkan kepada organisasi lain. Perkhidmatan yang ditawarkan perlulah dikawal oleh satu polisi atau peraturan yang diwujudkan oleh organisasi berkenaan, atau badan lain bagi memastikan dan mengawal kualiti perkhidmatan berkenaan, dan yang penting sekali menentukan apakah perkhidmatan yang boleh diakses oleh organisasi lain.

Dari segi perkhidmatan, SOA adalah satu paradigma untuk pengaturan(organizing) dan penggunaan (utilizing) keupayaan yang teragih yang mungkin berada dibawah kawalan empunya domain yang berbeza. Keupayaan (capability) boleh dilihat sebagai perkhidmatan (service) yang diberikan oleh pelbagai organisasi yang berada pada lokasi yang berbeza. Sudah pasti, organisasi berkenaan, perlu memahami konsep SOA, bersedia(willing) untuk menyediakan perkhidmatan tertentu melalui konsep SOA, menyediakan kaedah tertentu untuk interaksi dengan organisasi lain-communication, memastikan perkhidmatan itu dapat dilihat (visible) oleh organisasi lain dan yang panting sekali, bersedia untuk berkongsi data dan maklumat dengan organisasi lain (Sharing). Berkongsi maklumat dan data, tidaklah mudah dan bersifat ‘plug n play’, kerana ia tidak sahaja melihat dari sudut syntax(struktur/format) sahaja, tetapi juga makna dan maksud (semantic) .

Dari segi teknologi, SOA dilihat sebagai satu evolusi dari Component-based architecture, Object Oriented (Interface-based design) dan sistem teragih (distributed system)-yang meliputi Internet dan J2EE……..

Part 2

Tiada persetujuan dari segi definisi SOA. Namun dari segi literalnya, ia adalah arkitektur yang yang bergantung dan berorientasikan kepada perkhidmatan (service). SOA bersifat “loosely coupled”, yang bermaksud pelaksanaannya adalah bersifat terbuka (open), dari sudut teknologi dan platform. Pada masa ini, organisasi yang bertanggungjawab terhadap SOA adalah OASIS(Organization for the Advancement of Structured Information Standards ) (http://www.oasis-open.org) yang bersifat non-profit. OASIS disokong oleh organisasi seperti BEA, IBM, SAP dan SUN. Namun begitu, terdapat juga kontroversi terhadap peranan yang diambil oleh OASIS dalam menetukan piawai e-business dan web-service. Ketiadak puasan hati ini adalah agar piawai tersebut tidak dikenakan lesen atau patent dan bersifat terbuka (open).  Sila rujuk: http://perens.com/Articles/OASIS.html.

Part 3

SOA sebenarnya bukanlah satu konsep yang baru. Konsep SOA adalah serupa dengan teknologi yang telah ada pada DCOM (Distributed Component Object Model) dan ORBs (Object Request Brokers). DCOM adalah teknologi kepunyaan Microsoft, manakala ORBs adalah berasaskan CORBA, dan kepunyaan OMG (Object Management Group). Berikut adalah beberapa fakta berkenaan SOA:

i. SOA bukanlah web-service dan web-service bukanlah SOA. Tetapi web-service adalah implementasi terhadap konsep SOA.
ii. SOA adalah “loosely coupled” dan tidak bergantung antara satu dengan lain.
iii. Autonomous: Mengawal logic business secara encapsulated.
iv. Abstract: Logic business adalah tersembunyi dari pengguna perkhidmatan (service)
v. Boleh guna semula (reusable): Perkhidmatan yang boleh diguna semula.
vi. Boleh dijumpai (Discoverable): Perkhidmatan boleh dijumpai.
vii. SOA bukanlah web-services sahaja, ada teknologi lain yang boleh juga melaksanaan SOA.

Advertisements

~ by atjamil on April 27, 2007.

2 Responses to “Apa yang saya faham mengenai SOA (Service Oriented Architecture)”

  1. artikel yg sgt berguna…terima ksaih! boleh bagi pendapat ckt x…bagaimanakah nak mengaplikasikan SOA ni dlm sistem yg sedia ada? bolehkah SOA diimplementasikan dgn hanya ada Sybase (DB) dan manggunakan JSP programming untuk sistem maklumat yg sedia ada?

  2. to atjamil
    sy perlukan SOA expert utk review n verify my prototype that based on SOA…boleh x awk bantu sy or any sugesstions?

    please email me asap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: